Laman Berkaitan

Ahad, 13 November 2011

Graduan Menganggur Kerana Pilih Kerja

ALOR SETAR – Sikap terlalu memilih pekerjaan supaya setaraf dengan kelulusan yang dimiliki antara punca utama masih ada graduan yang menganggur di negara ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, graduan tempatan tidak sepatutnya terlalu memilih kerja kerana mereka perlu mendapatkan pengalaman.

“Masalah terlalu memilih kerja di kalangan rakyat di negara ini terutama graduan menyebabkan masalah pengangguran masih berlaku.

“Nasihat saya cari pengalaman walaupun tidak secocok dengan kelulusan atau bidang kerana pengalaman itu boleh digunakan untuk rujukan mendapat pekerjaan yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada satu majlis perasmian ceramah yang disempurnakan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.di sini hari ini.

Maznah seterusnya berkata, berdasarkan portal JobsMalaysia.gov.my terdapat kira-kira 130,000 kerja kosong di seluruh negara melibatkan pelbagai peringkat.

Menurut beliau, terdapat hampir 40,000 majikan di negara yang mendaftar dalam portal tersebut.

Tambahnya, sejak Januari hingga Oktober lalu Jabatan Tenaga Kerja berjaya mendapatkan tempat kepada 170,000 pencari kerja berdaftar termasuk 52,000 graduan melalui pelbagai usaha yang dilakukan jabatan itu.

Katanya, usaha itu menunjukkan kerajaan sentiasa berusaha mengatasi masalah pengangguran meskipun ia tidak berada pada tahap membimbangkan.

Menurutnya, kadar pengangguran waktu ini adalah pada kadar 3.2 peratus dan kadar bawah empat peratus dianggap sebagai satu perkara biasa.

“Kalau kita bandingkan dengan Amerika Syarikat, Jerman dan Australia kadar penganggurannya berganda,” jelasnya







*
Hmm.... Kadang bila cakap memangla senang... tapi yang menanggungnya penganggur-penganggur tu sendiri... kalau dah dapat kerja tak gaji RM500 sebulan tapi nak bayar PTPTN RM300 bulan-bulan.. cukup ke nak hidup... belum masuk sewa rumah.. kereta.. makan.. api air.. hades...

0 comments:

Catat Ulasan