Laman Berkaitan

Isnin, 14 November 2011

Kesan Diabetis Melalui Airmata?

MICHIGAN – Pesakit kencing manis atau dia­betes mungkin tidak lagi perlu khuatir untuk menjalani ujian darah bagi mengesan penyakit itu kerana kumpulan saintis telah menemui kaedah baru yang tidak menyakitkan iaitu dengan menggunakan air mata.


Sebelum ini, pesakit diabetis perlu mencucuk hujung jari sebanyak dua hingga 10 kali sehari bagi mendapatkan sampel darah untuk mengesan tahap kandungan gula mereka.

Tetapi kini, penyelidik di Universiti Michigan telah mencipta alat pengesan paras gula dalam darah hanya dengan menggunakan sampel air mata pesakit diabetes.

 Kumpulan pakar perubatan juga mendakwa kaedah ini lebih selamat dan kurang berisiko untuk terdedah kepada jangkitan serta memberi keselesaan kepada pesakit kerana mereka tidak lagi berasa sakit akibat penggunaan jarum dalam tempoh terlalu kerap.

p/s: fuh.. say thanx kepada para-para saintis sebab dah kurangkan derita untuk pesakit-pesakit diabetis.. lepasni tak perlulah nak sakit lagi untuk jalani ujian darah.. Alhamdulillah... :)

0 comments:

Catat Ulasan